Thursday 27 December 2012

Salam Perkenalan

SZM's Creative Touch dijalankan secara dalam talian (online) dan secara kecil-kecilan serta diasaskan oleh seorang wanita yang tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang pengurusan majlis secara bertauliah namun beliau sangat sukakan seni dan kreatif. Sentiasa berfikir untuk mendapatkan idea yang 'fresh' bagi memastikan setiap permintaan pelanggan dipenuhi dan pelanggan berpuas hati.

SZM's Creative Touch menyediakan beberapa perkhidmatan yang tertumpu kepada bakal raja sehari (B2B) dan individu tertentu yang ingin mengadakan sebarang majlis seperti majlis pertunangan/pernikahan/perkahwinan/ keraian/hari jadi atau lain2 majlis yang melibatkan dekorasi. Kumpulan sasaran pelanggan bagi SZM's Creative Touch adalah kepada individu yang mempunyai bajet terhad tetapi mengimpikan majlis yang meriah dan mempunyai kelainan seterusnya akan diingati oleh setiap tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Untuk langkah permulaan, kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

1. Gubahan Hantaran (Artificial/Fresh Flower)
2. Sewaan barang untuk sebarang majlis
3. Hand Bouquet (sewa/beli)
4. Table Centrepiece
5. Paper Fan (untuk dekorasi)
6. Tissue/Crepe Flower (Untuk dekorasi)

**projek akan datang--- sewa mini pelamin/ guestbook / candy buffet

No comments:

Post a Comment